Khasiat Batu Bata Merah

Bagi ternakan akuatik, ramai yang kecundang dalam pemilihan batu sebagai hiasan atau tempat tinggal haiwan akuatik yang diternak. Pemilihan yang salah ini akan menyebabkan keracunan air dan boleh membunuh ternakan akuatik dalam tempoh yang amat singkat. Antara yang sering digunakan adalah batu simen atau batu blok, ia adalah pilihan yang salah.

Cara yang tepat adalah dengan menggunakan pasu tembikar, genting tanah liat dan juga batu bata. Item tersebut dicipta dengan sumber semula jadi seperti tanah liat dan kurang bahan kimia sintetik seperti simen yang beracun kepada ternakan akuatik jika tidak dibersihkan dengan cara yang betul.

Berikut adalah contoh penggunaan batu bata sebagai hiasan dan juga habitat kepada ternakan lobster atau udang kara air tawar dan boleh juga digunakan sebagai habitat kepada mikro organisma (mikrob) yang berguna untuk proses nitrifikasi.

Langkah 1

Sebiji batu bata merah yang padat.

Langkah 2

Pecahkan batu bata tersebut kepada ketulan kecil yang sesuai mengikut cita rasa anda.

Langkah 3

Rendam ketulan batu bata tersebut dengan air yang mendidih hingga sejuk, kemudian dibilas dengan air bersih.

Langkah 4

Letakkan ketulan batu bata ke dalam ruang ternakan akuatik. Dengan serta-merta, lobster dan ikan tilapia terus datang melawat kawasan.

Semoga bermanfaat kepada anda semua.

Teknik Kompos 3 Minggu

Pertama

Ambil sedikit tanah lapisan paling atas dari keliling pokok yang besar, contohnya rambutan, durian, sawit, jambu dan sebagainya. Tanah ini kaya dengan humus dan mikrob.

Letak tanah tersebut setebal 1 inci didalam bekas yang dilubangkan bawahnya bagi aliran air dan udara untuk proses kompos.

Boleh juga digunakan kompos yang telah matang untuk lapisan ini.

Kedua

Letakkan sisa potongan sayur (sumber nitrogen) dan tisu yang digunakan untuk mengelap kuali atau makanan yang berminyak (sumber karbon).

Elakkan dari bahan-bahan seperti daging dan lemak haiwan kerana akan menyebabkan kompos berair dan berbau busuk.

– ATAU –

Letakkan lapisan rumput hijau (basah) dan rumput coklat (kering) dengan kadar 1:1. Jika 1kg rumput hijau, haruslah diletakkan 1kg rumput coklat.

Rumput hijau mempunyai sumber Nitrogen manakala rumput kering berwarna coklat mengandungi sumber Karbon.

Nisbah Nitrogen dan Karbon haruslah 1:1. Banyak lagi contoh-contoh sumber nitrogen dan karbon.

Boleh rujuk di sini
https://www.google.com/search?q=nitrogen+and+carbon+sources+for+compost

Ketiga

Sembur lapisan karbon dan nitrogen tadi dengan cairan EM Sugeh. Kadar cairan adalah 1ml EM Sugeh bersama 1L air tanpa klorin. Cukup sekadar semburan sekali layang, tidak perlu sehingga basah lencun.

EM Sugeh boleh dibeli di shopee
https://shopee.com.my/product/50154841/2170241617?smtt=0.0.9

Keempat

Tutup lapisan karbon dan nitrogen dengan tanah yang sama seperti lapisan pertama tadi setebal 1 inci.

Boleh juga digunakan kompos yang telah matang untuk lapisan ini.

Kelima

Gaul dan terbalikkan kompos setiap 7 hari atau seeloknya setiap 3 hari.

Pastikan kompos dalam keadaan suam/panas, jika sejuk, haruslah digaul dan diterbalikkan dengan segera bagi menambah kandungan oksigen untuk keperluan mikrob.

Lakukan ujian genggaman kompos. Kompos yang elok haruslah tidak mengandungi air yang banyak. Genggam kompos dengan kuat, pastikan hanya ada beberapa titik air yang keluar dari kompos tersebut.

Jika kompos basah, tambahkan lagi unsur karbon seperti tisu, kertas atau rumput kering berwarna coklat dan digaul sebati.

Keenam

Kompos matang selepas 3 minggu. Boleh diayak bagi mengasingkan sisa kompos yang kasar untuk digunakan semula sebagai lapisan pertama dan terakhir untuk pembuatan kompos seterusnya.