Pembuatan Set Hidroponik Mini

Tanaman secara hidroponik adalah amat mudah diurus, namun set hidroponik yang dijual diluar sana adalah mahal dan bersaiz besar yang mana mungkin tidak sesuai dengan keperluan anda.

Disini saya kongsikan cara pembuatan set hidroponik mini secara DIY yang dapat memuatkan 6 unit netpot serta mudah untuk dialih diluar rumah.

Langkah 1

Beli bekas plastik dengan penutup rata seperti ini. Bekas ini boleh didapati di kedai Ninso, Eco dan seangkatan dengannya. (Geng barang RM2.10)

Langkah 2

Tandakan setiap penjuru untuk ditebuk. kemudian ukur panjang dari A ke B dan bahagi 2 untuk menanda lubang C.

Langkah 3

Jika anda membeli netpot dari kami, disyorkan menggunakan penebuk lubang (hole saw) bersaiz 45mm seperti ini. Boleh dibeli dimana-mana kedai hardware.

Langkah 4

Dengan lafaz bismillah, mulakan menebuk dengan perlahan-lahan. Tebuk kesemua enam lubang yang telah ditanda tadi. Seeloknya dilakukan di luar rumah.

Langkah 5

Susun netpot sehingga paras takuk yang ada di leher netpot. Jika netpot jatuh terus ke dalam, bermakna saiz penebuk lubang anda tidak sesuai dengan netpot yang anda gunakan.

Seeloknya bawa sekali netpot ke kedai hardware untuk di ukur.

Langkah 6

Masukkan pokok yang telah anda semai kedalam netpot dan tuang air baja sehingga mencecah akar pokok.

Bagi yang ingin memulakan tanaman komersil kangkung menggunakan set mini ini, nantikan artikel kami yang akan datang tentang cara semaian kangkung skala sederhana besar.

Kangkung deco barangan ECO

Step 1

Cari pasu tanpa lubang seperti ini. Sediakan gam gajah dan double sided foam tape (ada di kedai ECO) dan tampal lubang bulat bawah tu kalau air bocor.

Step 2

Tebuk lubang untuk lebihan air keluar kalau-kalau pasu terkena air hujan. Lubang ini perlu diukur dengan kedalaman bakul tapis.

Lubang haruslah berada atas sedikit dari tapak bakul tapis, dimana air boleh bertakung tetapi tidak menenggelamkan biji benih kangkung.

Tebuk lubang dengan mata drill 8mm.

Step 3

Letakkan bakul tapi diatas pasu. Lapiskan dengan tisu dan taburkan satu bungkus biji benih kangkung (boleh dibeli di ECO). Kemudian spray benih dengan air tanpa klorin hingga tisu basah.

Bagi yang menggunakan air paip, simpan air paip 24-48 jam sebelum digunakan.

Step 4

Ulang proses step 3 seberapa banyak yang mahu dan letakkan secara bertingkat bakul tapis tadi.

Step 5

Bungkus pasu tersebut dengan plastik hitam, hembuskan nafas anda kedalam plastik tersebut dan simpan di tempat gelap.

Buka plastik tersebut setiap 4 jam sekali dan spray air jika tisu tadi telah tidak lagi basah, lakukan pada waktu siang sahaja antara pukul 6 pagi hingga 6 petang. Hembuskan nafas kedalam plastik dan ikat semula.

Ulang sehingga hari kelima semai.

Step 6

Pada hari kelima, benih kangkung akan jadi seperti taugeh. Alhamdulillah anda telah berjaya menyemai kangkung. Susun pasu dan bakul tapis di ruangan luar rumah mengadap matahari terbit. Sediakan baja dan air tanpa klorin.

Step 7

Masukkan satu sudu besar baja NPK 8:8:8, boleh gunakan sebarang jenis jenama baja yang anda mahu, baja yang berkualiti akan menghasilkan pokok yang lebih cantik dan sihat.

Boleh digunakan baja AB, namun kepekatan baja adalah berbeza mengikut pengeluar, dapatkan nasihat dari penjual baja tersebut.

Pokok kangkung berusia 10 hari di luar rumah.

Pokok kangkung berusia 10 hari di luar rumah. Akar sudah mulai panjang. Pantau air setiap hari, pastikan air tidak habis. Letak sesudu baja jika air habis dan isi air hingga penuh.

Jika air jernih dan daun mulai kekuningan, tambah sesudu baja dan larutkan sehingga air berwarna seperti baja yang dimasukkan tadi.