Teknik Banyakkan Tanaman Daun Sup

Wau! Lebat betul serumpun daun sup ni. Tapi tahukah anda dari serumpun ini kita boleh biakkan ia menjadi beberapa pokok lagi? Ikuti langkah-langkah berikut untuk banyakkan tanaman daun sup.

Mula-mula, anda hendaklah mendapatkan dahulu daun sup yang segar sama ada yang telah anda tanam ataupun yang dibeli di kedai.

Kenalpasti anak pokok daun sup dari rumpun induk. Ia berbeza dengan batang daun sup. Anak pokok bentuknya serupa seperti induk, namun saiznya lebih kecil.

Pisahkan anak dari induk menggunakan pisau. Ulang proses ini sehingga semua anak terpisah dari induk.

Cucuk anak pokok tadi di span, rockwool atau apa sahaja media semai yang anda gemari. Anak pokok ini akan disemai ditempat teduh sehingga keluar akar.

Buang daun yang terlampau panjang jika mengganggu proses semaian. Ini terpulang kepada cara semaian tuan puan.

Satu induk saya peroleh 4 anak pokok. Inshaallah anak pokok ini akan menjadi rumpun induk seterusnya dan proses pengasingan anak pokok boleh dilakukan semula.

Anak pokok disemai di dalam rumah menggunakan air ternakan lobster air tawar dan disinari lampu LED UV Growlight sehingga keluar akar.

Artikel ini akan bersambung semula pada masa akan datang setelah anak pokok ini keluar akar dan sedia untuk dipindahkan ke luar rumah.