Langkah Penjagaan dan Penuaian Cendawan

Pengenalan

  1. Memerlukan persekitaran yang lembab, gelap dan sejuk pada kadar suhu bilik (28-30°C).
  2. Boleh dituai sehingga 6 kali.
  3. Berat hasil tuaian cendawan untuk satu bongkah dalam lingkungan 50-80 gram.
  4. Cendawan tahan selama 4-5 hari di dalam peti sejuk.

Langkah Penjagaan dan Penuaian

  1. Beg media disusun melintang dengan penutup dibuka.
  2. Basahkan ruang simpanan cendawan dengan air 3 kali sehari (pagi/tengahari/petang) dengan semburan air.
  3. Cendawan boleh dituai selepas cukup 4 hari bermula hari pertama tunasnya kelihatan.
  4. Cendawan perlu dituai dengan menarik keluar akarnya sekali.
  5. Selepas dituai, bongkah perlu ditutup dengan penutup dan dibiarkan selama 10 hari.
  6. Selepas 10 hari, penutup dibuka semula untuk pertumbuhan seterusnya.

Cara Menyimpan Cendawan Yang Dituai

  1. Cendawan dibersihkan daripada kotoran habuk kayu.
  2. Cendawan yang hendak disimpan tidak perlu dibasuh dengan air, hanya dibasuh apabila dimasak sahaja.
  3. Potong akar di bawah batang cendawan.
  4. Simpan dalam bekas/plastik dan ditutup.
  5. Hendaklah disimpan di dalam peti sejuk (4-5°C).
  6. Kesegaran cendawan dapat dikekalkan dalam tempoh 4-5 hari.