Khasiat Batu Bata Merah

Bagi ternakan akuatik, ramai yang kecundang dalam pemilihan batu sebagai hiasan atau tempat tinggal haiwan akuatik yang diternak. Pemilihan yang salah ini akan menyebabkan keracunan air dan boleh membunuh ternakan akuatik dalam tempoh yang amat singkat. Antara yang sering digunakan adalah batu simen atau batu blok, ia adalah pilihan yang salah.

Cara yang tepat adalah dengan menggunakan pasu tembikar, genting tanah liat dan juga batu bata. Item tersebut dicipta dengan sumber semula jadi seperti tanah liat dan kurang bahan kimia sintetik seperti simen yang beracun kepada ternakan akuatik jika tidak dibersihkan dengan cara yang betul.

Berikut adalah contoh penggunaan batu bata sebagai hiasan dan juga habitat kepada ternakan lobster atau udang kara air tawar dan boleh juga digunakan sebagai habitat kepada mikro organisma (mikrob) yang berguna untuk proses nitrifikasi.

Langkah 1

Sebiji batu bata merah yang padat.

Langkah 2

Pecahkan batu bata tersebut kepada ketulan kecil yang sesuai mengikut cita rasa anda.

Langkah 3

Rendam ketulan batu bata tersebut dengan air yang mendidih hingga sejuk, kemudian dibilas dengan air bersih.

Langkah 4

Letakkan ketulan batu bata ke dalam ruang ternakan akuatik. Dengan serta-merta, lobster dan ikan tilapia terus datang melawat kawasan.

Semoga bermanfaat kepada anda semua.