Photosynthetic Bacteria (PSB)

✔️ Improves microbial balance in the soil & the soil condition
✔️ Accelerates decomposition of organic materials & persistent materials
✔️ Effective to make quality compost
✔️ Increases flowering & sugar content of fruits
✔️ Improves water quality in the pond
✔️ Reduces sludge in the pond
✔️Controls disease in aquaculture

Photosynthetic bacteria obtain their energy from light and can be easily found in nature. Besides being non-toxic and harmless to environment, they synthesise useful substances from secretions of roots, organic matter and/or harmful gases (e.g. hydrogen sulphide) by using sunlight and the heat of soil as sources of energy. They contribute to better use of sunlight or, in other words, better photosynthesis. The metabolites developed by these micro-organisms are directly absorbed into plants. In addition, these bacteria increase the number of other bacteria and act as nitrogen binders.

Application:

🔷 In Agriculture it helps to increase the amount of photosynthetic bacteria in soil, promoting healthy plants, sweeter fruits and bushier flowers.

Dilute 1 ml of PSB in 1 liter water and use in the agriculture irrigation system or by spraying over the crops leaves and soil. Apply it to crops once every week. Combination with Beneficial Microorganism (BMO) is more effective.

🔷 In Aquaculture, PSB helps in water treatment and purification by decomposing the organic matter that cause water contamination and aquaculture problems. Combination with Beneficial Microorganism (BMO) more effective.

Dilute 1 ml of PSB in 1 liter water and use it directly once every week in aquaculture systems. Combination with Beneficial Microorganism (BMO) is more effective.

Belian boleh dilakukan di Shopee https://shopee.com.my/product/50154841/5410114838

Buluh Rebung (Penjagaan, Penghasilan dan Pemprosesan)

Buluh Rebung Madu

merupakan tanaman yang semakin dikenali ramai dan penanamannya semakin berkembang. Buluh madu dipercayai berasal dari Thailand (sebagai tanaman hiasan). Penanaman buluh ini dikesan ditanam secara komersial bermula di Perlis dan kini tanaman ini mulai ditanam di Kelantan, Perak, Pahang, Muar dan juga Kuala Berang. Keistimewaaan buluh madu adalah tidak miang, mempunyai rebung yang rasanya lemak manis bagi hidangan pelbagai jenis lauk dan boleh juga dijadikan sebagai tanaman hiasan.

Penjagaan

Buluh rebung ini sangat mudah untuk ditanam dan dijaga. Selain itu juga ia sesuai ditanam di kebanyakkan tanah yang bermasalah. Sifat buluh yang tumbuh meliar membuatkan ia tidak banyak menghadapi serangan musuh perosak.

1 ekar tanah dapat ditanam kira-kira 300 hingga 350 pokok dengan menggunakan jarak tanaman 12 kaki x 12 kaki @ 15 kaki x 20 kaki. Permulaan penanaman adalah perlu diaplikasikan kapur GML+organic+CIRP bagi menggalakkan pertumbuhan akar dan mengurangkan kadar kematian anak benih.


Bagi anak pokok yang baru ditanam, penyiraman perlulah dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali sehari berterusan selama seminggu bagi mengelak pokok daripada mati kekurangan air. Ini adalah perlu bagi mengelakkan anak pokok stress dalam penyesuaian tanah baru.Bagi pucuk yang tumbuh aktif perlu di cantas bagi menggalakkan pertumbuhan tunas baru.


Rebung dibiarkan tumbuh terlebih dahulu sekitar 5-7 batang bagi satu rumpun sebelum hasil pertama dituai. Rebung buluh madu boleh dituai sekitar 8 bulan -1 tahun bergantung kepada cara penjagaannya. Kadar pertumbuhan rebung adalah sangat cepat dan melalui hasil pemerhatian saya bersama usahawan, rebung madu tumbuh kira-kira 3-6 inci dalam masa 24 jam. Manakala bagi program pembajaan, adalah disyorkan menggunakan baja NPK Hijau 15:15:15 dan juga Organik setiap 3 bulan sekali.


Buluh madu perlu dicuci (pangkas) bagi mengelak pokok menjadi terlalu besar, tinggi dan terlalu banyak dalam satu rumpun bagi mengelakkan peningkatan kos pembajaan. Selain itu juga, faktor pemakanan dan air yang tidak mencukupi juga boleh menyebabkan rebung yang dihasilkan kurang bermutu dan kecil.


Rebung madu boleh dituai apabila telah mencapai ketinggian 0.8 – 1 meter dan potensi hasil bagi setiap rumpun adalah kira-kira 2 kg rebung /bulan.

Hasil Rebung Buluh Madu

Rebung yang dituai perlu diproses segera bagi menjaga kualitinya. Umumnya perlu diketahui bahawa rebung segar cepat berlaku pengoksidaan dan perlu dimasak segera atau dijerukkan. Harga bagi penjualan buluh rebung adalah sekitar RM3 –RM 7 sekilogram bergantung kepada tempat jualan.

Rebung amat popular dikalangan tukang masak samaada di kedai makan atau suri rumah sebagai bahan dalam masakan seperti gulai masak lemak cilia api, gulai daging, masak pedas, goreng tepung, kerepek, daging salai, masak kari dan lain-lain. Perlu juga diketahui bahawa rebung madu mempunyai pelbagai khasiat, karbohidrat, antioksida, pelbagai vitamin dan mineral.


Bagi usahawan Buluh Rebung Madu, Karim Derani memaklumkan bahawa permintaan rebung amat menggalakkan dan kini beliau dapat mengeluarkan kira-kira 60 kg rebung sehari dengan pendapatan kasar Rm 180/hari.

Sumber: Arkib Jabatan Pertanian Negeri Terengganu

Khasiat Batu Bata Merah

Bagi ternakan akuatik, ramai yang kecundang dalam pemilihan batu sebagai hiasan atau tempat tinggal haiwan akuatik yang diternak. Pemilihan yang salah ini akan menyebabkan keracunan air dan boleh membunuh ternakan akuatik dalam tempoh yang amat singkat. Antara yang sering digunakan adalah batu simen atau batu blok, ia adalah pilihan yang salah.

Cara yang tepat adalah dengan menggunakan pasu tembikar, genting tanah liat dan juga batu bata. Item tersebut dicipta dengan sumber semula jadi seperti tanah liat dan kurang bahan kimia sintetik seperti simen yang beracun kepada ternakan akuatik jika tidak dibersihkan dengan cara yang betul.

Berikut adalah contoh penggunaan batu bata sebagai hiasan dan juga habitat kepada ternakan lobster atau udang kara air tawar dan boleh juga digunakan sebagai habitat kepada mikro organisma (mikrob) yang berguna untuk proses nitrifikasi.

Langkah 1

Sebiji batu bata merah yang padat.

Langkah 2

Pecahkan batu bata tersebut kepada ketulan kecil yang sesuai mengikut cita rasa anda.

Langkah 3

Rendam ketulan batu bata tersebut dengan air yang mendidih hingga sejuk, kemudian dibilas dengan air bersih.

Langkah 4

Letakkan ketulan batu bata ke dalam ruang ternakan akuatik. Dengan serta-merta, lobster dan ikan tilapia terus datang melawat kawasan.

Semoga bermanfaat kepada anda semua.

Pembuatan Set Hidroponik Mini

Tanaman secara hidroponik adalah amat mudah diurus, namun set hidroponik yang dijual diluar sana adalah mahal dan bersaiz besar yang mana mungkin tidak sesuai dengan keperluan anda.

Disini saya kongsikan cara pembuatan set hidroponik mini secara DIY yang dapat memuatkan 6 unit netpot serta mudah untuk dialih diluar rumah.

Langkah 1

Beli bekas plastik dengan penutup rata seperti ini. Bekas ini boleh didapati di kedai Ninso, Eco dan seangkatan dengannya. (Geng barang RM2.10)

Langkah 2

Tandakan setiap penjuru untuk ditebuk. kemudian ukur panjang dari A ke B dan bahagi 2 untuk menanda lubang C.

Langkah 3

Jika anda membeli netpot dari kami, disyorkan menggunakan penebuk lubang (hole saw) bersaiz 45mm seperti ini. Boleh dibeli dimana-mana kedai hardware.

Langkah 4

Dengan lafaz bismillah, mulakan menebuk dengan perlahan-lahan. Tebuk kesemua enam lubang yang telah ditanda tadi. Seeloknya dilakukan di luar rumah.

Langkah 5

Susun netpot sehingga paras takuk yang ada di leher netpot. Jika netpot jatuh terus ke dalam, bermakna saiz penebuk lubang anda tidak sesuai dengan netpot yang anda gunakan.

Seeloknya bawa sekali netpot ke kedai hardware untuk di ukur.

Langkah 6

Masukkan pokok yang telah anda semai kedalam netpot dan tuang air baja sehingga mencecah akar pokok.

Bagi yang ingin memulakan tanaman komersil kangkung menggunakan set mini ini, nantikan artikel kami yang akan datang tentang cara semaian kangkung skala sederhana besar.