Pembuatan Set Hidroponik Mini

Tanaman secara hidroponik adalah amat mudah diurus, namun set hidroponik yang dijual diluar sana adalah mahal dan bersaiz besar yang mana mungkin tidak sesuai dengan keperluan anda.

Disini saya kongsikan cara pembuatan set hidroponik mini secara DIY yang dapat memuatkan 6 unit netpot serta mudah untuk dialih diluar rumah.

Langkah 1

Beli bekas plastik dengan penutup rata seperti ini. Bekas ini boleh didapati di kedai Ninso, Eco dan seangkatan dengannya. (Geng barang RM2.10)

Langkah 2

Tandakan setiap penjuru untuk ditebuk. kemudian ukur panjang dari A ke B dan bahagi 2 untuk menanda lubang C.

Langkah 3

Jika anda membeli netpot dari kami, disyorkan menggunakan penebuk lubang (hole saw) bersaiz 45mm seperti ini. Boleh dibeli dimana-mana kedai hardware.

Langkah 4

Dengan lafaz bismillah, mulakan menebuk dengan perlahan-lahan. Tebuk kesemua enam lubang yang telah ditanda tadi. Seeloknya dilakukan di luar rumah.

Langkah 5

Susun netpot sehingga paras takuk yang ada di leher netpot. Jika netpot jatuh terus ke dalam, bermakna saiz penebuk lubang anda tidak sesuai dengan netpot yang anda gunakan.

Seeloknya bawa sekali netpot ke kedai hardware untuk di ukur.

Langkah 6

Masukkan pokok yang telah anda semai kedalam netpot dan tuang air baja sehingga mencecah akar pokok.

Bagi yang ingin memulakan tanaman komersil kangkung menggunakan set mini ini, nantikan artikel kami yang akan datang tentang cara semaian kangkung skala sederhana besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *